Korban Perang Israel–Palestin

Israel

Media Israel melaporkan jumlah kematian mencecah 1200 orang, manakala lebih 6000 lagi tercedera. Hampir 500 yang maut merupakan anggota tentera dengan lebih 2000 tercedera.[28]

Palestin

Berikutan serangan udara Israel sebagai tindak balas, Kementerian Kesihatan Palestin yang diketuai oleh kerajaan Hamas di Gaza melaporkan bahawa hampir 21 ribu orang rakyatnya telah terbunuh manakala lebih 54 ribu yang lain tercedera.[29] Lebih 7000 orang dilaporkan hilang di dalam runtuhan bangunan. Hampir dua juta penduduk juga telah berpindah dari Genting Gaza.

Tebing Barat

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bawaha 313 orang telah terbunuh di Tebing Barat manakala lebih 3,300 lain tercedera.

Korban warga asing

Duta Nepal ke Israel, Kanta Rijal, berkata sekurang-kurangnya tujuh rakyatnya di negara itu cedera dalam serangan itu, dan mereka bersama sepuluh yang lain telah ditahan oleh Hamas di sebuah ladang pertanian di Alumim.[30][31] Media Israel juga melaporkan bahawa pekerja asing dari Thailand dan Filipina turut ditawan oleh militan Palestin. Kerajaan Thailand mengakui kemungkinan penculikan dua rakyatnya.

Doktor Tanpa Sempadan menyatakan bahawa Israel menyerang hospital yang dikendalikan Indonesia di Semenanjung Gaza, membunuh seorang jururawat, seorang pemandu ambulans dan mencederakan beberapa yang lain.[32]NGO Indonesia, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya telah terbunuh dan IDF telah menyasarkan hospitalnya.[33]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom oleh tentera Israel pada 2 November 2023, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang,hasil laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Rujukan

WikiPedia: Perang Israel–Palestin https://web.archive.org/web/20231007060822/https:/... https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-10-07... https://www.mako.co.il/news-military/6361323ddea5a... https://web.archive.org/web/20231007060826/https:/... https://www.ynetnews.com/article/syme7drgt https://edition.cnn.com/middleeast/live-news/al-aq... https://web.archive.org/web/20231007094104/https:/... https://www.theatlantic.com/international/archive/... https://web.archive.org/web/20231007162429/https:/... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6704022...